Friday, 16 November 2012

Mengingati bahawa Allah Maha Melihat

Kita selalu memerhatikan orang. Apabila berjalan-jalan window shopping di Suria KLCC, mata kita melilau memerhatikan mat salleh juga syeikh-syiekh Arab yang berjubah hitam, berniqab datang ke Malaysia. Seolah-olah berjalan di Suria KLCC seperti santai petang buat mereka. 

Bila kita makan di KFC, mata kita melilau keluar. Melihat gelagat orang beratur di kaunter untuk menempah ayam goreng. Ada yang memotong barisan, ada yang menunggu sambil memicit-micit butang handphone, yang bercouple pula sibuk senyum antara satu sama lain sambil tangkap gambar untuk dimuatnaik dalam Instagram. 

Bila solah Jumaat, waktu yang lagi asyik untuk kita tidur. Kadang-kadang dek kerana jauhnya kita dari mimbar maka mulalah kita melihat jemaah-jemaah yang datang ke masjid. Ada yang memimpin tangan anak, ada yang seperti baru balik dari pejabat dan macam-macam lagi. Kita melihat di sebelah sana ada yang tidur, rasa nak ambik jer gambar dia untuk dimuat turun dalam facebook.

Macam-macam bukan?
Begitulah streotaipnya rakyat Malaysia apabila memerhatikan orang. Orang yang gemuk gedempol berbaju cantik lagi anggun mulalah kita berbisik-bisik untuk mengata.

Lalu ramai yang menaip di laman mukabuku mereka, biarkan apa orang nak kata. Hidup aku, aku punya pasal. Talk to the hand!!!

Alangkah baiknya jika kita melihat kehidupan ini dari sudut pandnag yang berbeza. Sudut pandang seorang khalifah. Sudut pandang seorang hamba yang punya tuan. Sudut pandang seorang manusia yang beriman pada Tuhan. Sudut pandang seorang kerdil kerana percaya ada yang lebih besar.

Kita sering menilai apa orang nak kata pada kita. Kita juga sering menilai apa ukuran dan kejayaannya. Apakah jika kita buat begini akan berjaya? Apakah jika kita buat begini akan mendapat hasi begitu? Kita terlalu bimbangkan masa depan dan natijah daripada apa yang kita buat. Sikap ni menebal dalam diri kita kerana kita terlalu sibuk memikirkan apa orang lain kata disebabkan kita punya habit suka mengata orang lain. 

Ada yang mengatakan sia-sia sahaja boikot kerana tidak akan menjejaskan ekonomi Zionis pun. Malahan ada yang berhujah bahawa boikot hanya akan menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di McDonalds menganggur. Ada juga yang mengatakan bahawa boikot tidak akan menghalang Israel daripada menyerang Gaza sekalipun. Buktinya, sudah bertahun-tahun kita buat kempen boikot tetapi Israel tetap sahaja menyerang Palestin. Malahan semakin rakus pula menyerang Palestin.

Boikot Coca-Cola, McDonalds dan Loreal Paris kelihatan seperti satu usaha yang tidak akan membawa apa-apa natijah sahaja kepada pembebasan Al Aqsa. Usaha boikot ini dipandang sepi oleh mereka yang setia melanggan burger McD. Arghhhh! Peluh besar dibuatnya. Benar-benar letih mendepani orang yang petah berhujah dan berkata-kata ini.

Ada juga yang berhujah, jika pemimpin tak boikot kenapa kita pula sibuk-sibuk nak ikut? Sepatutnya kita ikut sahaja pemimpin sebab mereka tahu apa yang baik dan tidak untuk kita. Ada yang dengan lantang pula menyalahkan pemimpin sebab membenarkan McD, Coca Cola dan sekutunya dipasarkan di Malaysia, sewajarnya diharamkan sahaja katanya. Lagilah basah renyah badan melayan jawapan seperti ini.

Sedar ataupun tidak, setiap jawapan yang diberikan hanya melihat kepada apa reaksi manusia lain terhadap boikot yang dilaksanakan. Berjaya atau tidak? Berkesan atau tidak? Kemudian menyalahkan orang lain. Mengapa kita tidak mahu melihat akan peranan kita sendiri dan hasilnya kepada diri kita sendiri? 

Dalam peperangan, musuh akan menggunakan hujah yg masuk aqal utk memperdayakan kita. Akhirnya kita akan termakan hujah lalu 
terlupa akan mudharat yg ditinggalkan musuh. 

Itulah peperangan. Dan boikot adalah peperangan.




YA! Kita harus melihat kepada apa peranan kita dalam kempen boikot dan hasil boikot yang kita laksanakan kepada diri kita sendiri?

Biarlah boikot ini tidak berjaya, tetapi Allah tahu kita berusaha.
Biarlah kempen ini gagal asal Allah tahu kita berusaha.
Biarlah Israel menyerang dan terus menyerang Gaza, asalkan Allah tahu bahawa kita berjuang bersama-sama Gaza.
Biarlah orang nak kata apa sekalipun tentang boikot ini asalkan Allah mengatakan kelak bahawa kita telah berbuat sesuatu untuk menentang musuhNya.
Natijah yang harus kita fikirkan adalah, apakah yang Allah akan kata pada kita kelak?

Biar kita tidak berkesempatan untuk berdemo di Kedutaan US atau berada di Gaza sana tetapi sekurang-kurangnya kita berdoa setiap masa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di sana. Bukankah itu antara kita dan Allah?

Biarlah kita tidak menyebarkan apa-apa berita tentang kezaliman Israel ke atas Gaza tetapi sekurang-kurangnya Allah tahu bahawa kita sentiasa meminta perlindungan saudara kita di sana kepadaNya.

Biarlah kita susah sekalipun tetapi Allah mengetahui akan seringgit dua yang kita sumbangkan untuk saudara kita di sana. Benar ia tidak sebanyak mana tetapi memadai untuk Allah melihat apa yang kita usahakan. Mungkin dengan seringgit dua hari ini akan mendorong kita untuk menjadi dermawan suatu hari kelak.

Ingatilah Allah dalam setiap perkara. Dalam makan, minum, berjalan, memandang, berdiri, bekerja dan apa sahaja kita lakukan kerana dengan mengigati Allah di sana akan melahirkan pengharapan dan kekerdilan dalam diri untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. 

"yang penting bukan berjaya atau tidak boikot kita, tetapi yang jauh lebih penting adalah Allah melihat bahawa saat ini, waktu ini, kita yang berjauhan dari Palestin, juga bersama-sama dengan saudara kita memerangi musuh Palestin." 

..................................................................................................................................


Anda boleh menghulurkan sumbangan kecemasan untuk Gaza dan Syria menerusi Tabung yang dikendalikan oleh Aqsa Syarif Berhad dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Moga Allah merahmati dan mengganjari antum selayaknya atas demo dan solidariti yang dilansungkan hari ini di Kedutaan US juga DeTAR UNIMAS. Teruskan berjuang para sahabat sekalian. 

Thursday, 1 November 2012

Muhasabah Kembali


Saya tersentak dengan hadis ni. 
Benar-benar membuat rasa diri ini tertampar dan hina.
Betapa selama ini, saya tiadalah apa-apa sebenarnya pun...

"3 golongan yg akan merasakan manisnya iman : a) mencintai Allah dan RasulNya melebihi dari kecintaan kepada yang lainnya b) menyintai orang lain hanya kerana Allah c) benci kembali kepada kekufuran setelah dia diselamatkan Allah , sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka" 
(Muttafaq Alaihi)

Saya bertanyakan diri saya adakah saya beramal dengan apa yang saya ajarkan pada mereka?

Di saat ayatNya ini dilantunkan di bibir saya, adakah saya faham apa yang saya baca?

Ikhwah, saya melihat sangat ramai yang ikut tarbiah. Sedangkan bukan ramai itu yg bermanfaat kpd Islam sbnrnya.

Lalu apa yang bermanfaat? yang bermanfaat adlh jiwa-jiwa yang tunduk dan patuh  seluruhnya kepada Allah. jiwa-jiwa yang sanggup mendepani apa sahaja cabaran semata2 kerana dia yakin bahawa di hadapan sana adalah redha Allah.redha Allah yang sebenarnya yang dia mahukan!

Antum lihat pada Ibrahim, Ibrahim adalah contoh terbaik utk kita. Apa ujian, apa dugaan yang tak dihadapinya? dari sekecil2 dugaan sehinggalah kepada ujian-ujian yg menghimpit, semuanya Ibrahim lalui and guess what he get? Dia bertemu dgn pertolongan demi pertolongan Allah kepadaNya. 

So how about us? Kita sekadar nak dakwah kaf fb jer ke? post-post islamik mcm tu je ke? cukup ke tu semua? cukup ke sms, tanya khabar and all kinds of routine yg kita dh buat ni? 

And MONEY is the critical things that always make us thinks a lot of time whether to go or not. 

Daurah perlukan duit.

usrah perlukan duit. 

nak kekal di jalan tarbiyyah perlu kan duit. 

and believe me, anda tidak boleh merasakan bahawa ada naqib atau pak cik-pak cik yang sentiasa menyuap anda kerana one day ana sendiri terpaksa berdikari juga untuk survive dlm jalan ni. dan kalau kita faham dan hayati benar-benar kisah para sahabat dan umat Islam di boikot di mekah selama 3 tahun lamanya, then you will realize, apalah sangat berkorban duit ni nak bandingkan dengan mereka.

ana teringat kisah seorang ikhwah kita yg kemalangan slpas raya lepas. bila ada ikhwah ziarahnya di hospital lalu katanya, "Akhi, ana rasa, infaq yg ana buat masa ana kesuntukan sangat masa foundation dulu lah buat umur ana masih panjang skrg". See, infaq itu memanjang usia seseorang. 

jika dgn pengorbanan ala qadar apakah cukup utk dibalasi dgn syurga? sedangkan syurga tu adalah keindahan yang tak ternilai harganya. Mahukah antum, ana berikan semua yg ada pada ana, ana berikan antum kereta mewah, wang sejuta tetapi antum masuk neraka? 

"Dan di antara manusia ada orang2 yg menyembah tandingan2 selain Allah, mereka menyintainya seperti mereka menyintai Allah. Adapun orang2 yang beriman sangat mendalam cintanya kepada Allah"
 ( Al Baqarah 2:165)

Ikhwah, saling mengingatilah kita dlm doa2 sesama kita. 
Moga kita semuanya terus tsabat dan istiqamah, moga kita semua lapang dan kuat berkorban, berjihad, berususah payah semata2 nak dapatkan redha Allah. 
Doakan itu untuk kita semua. 

Muhasabah kembali, bagaimana kita mencari redhaNya?
Wallahua'lam

Friday, 12 October 2012

Sang Pendosa

Siapa kita? 

KITA adalah hambaNya yang berdosa. 

Secantik mana sekalipun kita, kita tetap hambaNya yang berdosa. Seburuk dan sehodoh mana pun diri kita, kita tetap hambaNya yang berdosa. Kita bukanlah maksum. Hatta para Nabi pun melakukan dosa sedangkan mereka sentiasa dalam rahmat Allah SWT, apatah lagi kita. Kerana itu layaklah kita digelar sang pendosa. 

Apakah setelah mengetahui bahawa diri kita sang pendosa maka kita terus-terusan melakukan dosa sepuasnya? Jangan mengerut dahi dengan jawapan sinis ini. Ya! Ada manusia sedemikian. Apabila dia dicop sebagai seorang pencuri hanya kerana mencuri seluar dalam yang disidai di ampaian asramanya sewaktu tingkatan satu dahulu, sehingga ke universiti dia dicop sebagai pencuri menjadikan dirinya mahu menjadi pencuri sahaja. Pepatah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan dijadikan hujah kuat untuk terus-terusan melakukan kejahatan dan merealisasikan COP Pencuri itu tadi.

OWH sayang sekali. Hidup seperti itu adalah sia-sia. Pertamanya kerana terus-terusan melakukan kejahatan yakni dengan mencuri demi mencuri. Bukankah mencuri itu jelas haram dan berdosa. Apakah mahu diteruskan sikap buruk itu semata-mata kerana dicop sebagai pencuri sewaktu tingkatan satu dahulu? OWH itu seperti merajuk sahaja. Kesian sekali kerana tiada orang memujuknya.

Keduanya, hidup itu sia-sia kerana mengambil kisah pada pandangan manusia bukan mengambil kisah pandangan Allah SWT. Tidak sia-siakah itu? Hidup ini untuk beramal dengan menjadi khalifahNya. Hidup kita di atas dunia ini adalah pilihan Allah SWT. Hidup kita di atas dunia ini adalah untuk meraih redha Allah SWT. Dalam berusaha meraih redha Allah, kadang-kadang dan banyak kali kita tergelincir. Maka Allah menjadi Maha Pengampun. Lihat, Allah berkuasa mengampunkan dosa kita. Mengapa? Kerana segala amal baik dan buruk kita, yang mengira dan mengadilinya adalah Allah sahaja. Tiada yang lain.

Golongan yang terus-terusan inilah yang Allah katakan sebagai golongan yang melampaui batas. Melampaui batas kerana sudah tahu dirinya berbuat dosa dan mendapat dosa tetapi masih lagi meneruskan dosa dan meraih dosa. Sudah tahu kulit itu sakit dibakar api neraka sehingga menyebabkan otak menggelegak tetapi tetap masih meletakkan kulit untuk dibakar api neraka sehingga otak terus menggelegak lagi. Tidakkah itu melampau namanya? Melampau kerana sudah tahu bahaya tetapi mahu dicuba lagi dan lagi bahaya itu.

Justeru saya bertanya, di mana Allah dalam hati manusia jika kita adalah dari golongan yang sedemikian?

Allah sudah tiada di hati. Hatta Allah dekat sekali tetap tidak dirasai kerana musuh sebenar lebih dekat lantaran tidak dikenali kerana kita sering kali alpa dan lalai bahawa musuh sebenar takkan pernah berhenti menggoda diri. Justeru, indah dan cantik bagaimana sekalipun syurga jika hati sudah diselaputi dosa dan diri sudah menjadi insan pelampau, apakah akan nampak semua itu?

Merasakan diri sang pendosa bukanlah hina tetapi mengajar dan mendidik hati untuk terus tunduk, taat dan patuh pada Yang Maha Esa. Merasakan diri sang pendosa menjadikan kita sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita. Merasakan diri sang pendosa menjauhkan diri kita daripada sikap riak, takbur dan sombong kerana teringat akan dosa-dosa yang boleh menyebabkan kita di azab Allah di nerakaNya. Sungguh, jika kita sedar kita adalah sang pendosa, pasti kita jalan tunduk tidak mahu dikenali apatah lagi disanjung-sanjung kerana mengingatkan akan dosa-dosa yang boleh menyebabkan kita menjadi bahan bakar api neraka.

Ayuh kita bersegera.
Jangan sesekali berputus asa.
Segera kita kembali kepada Allah Sang Pencipta
Sang Pencipta Yang Maha Pemurah mengampunkan segala dosa dan khilaf diri
Untuk kita meraih syurgaNya

Katakanlah"Hai! hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri meraka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmah Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[Surah Az Zumar:53]

Wednesday, 10 October 2012

Syuyukh

Entri kali ini saya fokuskan untuk menulis tentang syuyukh. Sudah lama hendak menulis mengenai beliau tetapi sering kali tertangguh dek kesibukan diri. 

Kali ini saya bertekad untuk terus menulis mengenainya. Saya khuatir, takut-takut apa yang saya tulis tidak mampu menggambarkan peribadi sebenar beliau. Namun saya akur, ya saya tidak akan mampu menggambarkan peribadi sebenar beliau menerusi tulisan ini tetapi serba sedikit coretan mengenainya pasti akan menjentik semangat kita untuk turut sama merenung jauh ke dalam diri.

Saya hanya mengenali beliau sekitar tahun 2007 sewaktu pertama kali menghadiri Mukhayyam Tarbawi di sebuah kem tidak jauh dari hadek-hadek terchenta kini. Beliau bukanlah seorang yang menonjol malahan sekali pandang saya sendiri pun tidak mahu tahu apa-apa sangat tentang dirinya. Yalah, saat dikelilingi oleh ikhwah-ikhwah yang super osem semasa mukhayyam pastinya mata kita tertumpu kepada para murabbi, mas'ul dan muwajjih-muwajjih yang ada. Sedangkan beliau hanya mengambil kerja-kerja memasak, menghidang, menghampar tikar dan jauh sekali daripada menjadi imam apatah lagi memberi tazkirah. 

Saban hari saya semakin dekat dengan beliau. Akhirnya saya bertukar naqib. Kali ini pak cik si tukang masak dan tukang sapu itulah naqib saya. Beliau banyak bertanya tentang diri saya dan keluarga. Alhamdulillah, mudah sahaja kami menjalin ukhuwwah. Kata-katanya yang tidak lepas dari saya adalah sentiasalah istiqamah di jalan dakwah dan tarbiyah ini akhi! Apa-apa sahaja masalah atau kesulitan jika saya sebutkan dihadapannya, pasti itulah jawapan pertama yang terpacul dari mulutnya.

Sehinggakan saya berfikir apakah pak cik ni tak ada jawapan lain. Ya memang apa-apapun terjadi kita mesti istiqamah di jalan ini bisik hati saya. Jadi apa masalahnya sehingga perkara basic seperti itu harus diulang-ulang. Masa berlalu dan terus berlalu. Kini 2012 barulah saya melihat semula akan kebenaran dan hikmah kata-kata tersebut. Ya, apa-apapun berlaku kita harus istiqamah di jalan dakwah dan tarbiyah ini. 

Pasti saudara saudari sudah membaca entri Muharikah : Indahnya Saat Pertama Mengenal Tarbiyah! . Seronok bukan saat pertama mengenal tarbiyah. Semangat, ada orang caring giler dengan kita kemudian sentiasa dijaga makan minum. Ya, itulah yang saya sendiri alami saat mula mengenal tarbiyah. Persoalannya, apakah kita mampu untuk istiqamah seperti mana waktu saat pertama mengenal tarbiyah?

Sukar ya syeikh! Bukan semudah lafaz kata-kata. Sebab itulah pak cik itu sentiasa mengulanginya dan terus mengulanginya sehingga ke hari ini! Akhirnya saya tersedak dan sedar bahawa kata-kata itu punya makna yang mendalam dalam ranjau dan tribulasi kehidupan. Kehidupan kita sehari ke sehari semakin sibuk. Ada tugas yang dahulu kita lakukan kini seperti terlalu payah untuk kita lakukan. Contoh mudah sahaja, jika dahulu hampir setiap minggu futsal bersama rakan-rakan beriadah, kini amat payah mencari sedikit waktu untuk bermain futsal. Masa yang ada seperti tidak cukup sedangkan tugas semakin banyak.

Dan hari ini saya melihat pak cik itu masih seperti dahulu. Masih lagi di waktu mukhayyam beliau memasak, membancuh teh, menyapu, menghamparkan tikar dengan kereta buruk dan kudrat empat keratnya sekalipun siang hari sibuk berniaga dan malamnya sibuk menguruskan urusan-urusan jemaah dan mengendalikan usrah. Beliau tetap istiqamah. Tidak sekali pernah beliau mengeluh tetapi beliau terus bergerak dan bergerak menggalas tugas ini. Subanallah!

Apa-apa program melibatkan kami mahasiswa, beliau tidak pernah lepas daripada menyumbang infaqnya. Saat kami kehausan, kelaparan semasa program atau selepas program, beliau sentiasa ada untuk membelanja kami makan. Beliau bukan seorang kaya pada mata manusia namun di sisi Allah, subhanallah entah berapa banyak ganjarannya. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Jika tidak berniaga manakan ada hasilnya. Sepanjang menjadi mutarabbi beliau, saya menyedari akan kesungguhannya dan keyakinannya. Salimun aqidah itu memang jelas terpancar pada sosok diri beliau. Apa sahaja dilakukan, beliau sentiasa yakin Allah bersama dan Allah memberi bantuan.

Dapatkah kita istiqamah seperti itu? Beliau bergerak ke sana ke mari kadang-kadang meninggalkan perniagaannya semata-mata menguruskan urusan jemaah. Betapa beliau yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah dan betapa beliau jelas dengan ganjaran Allah SWT ke atas orang beriman. Beliau benar-benar telah menjual seluruh kehidupannya demi Allah SWT. Baik pak cik tersebut mahupun isterinya, mereka sama-sama telah menjual seluruh kehidupan mereka untuk Allah SWT.

Pernah sekali pak cik sms pada saya mengajak menemaninya untuk menghadiri mesyuarat melibatkan program jemaah. Pada waktu itu saya memang tidak boleh melepaskan diri untuk keluar dari kampus dan menemaninya walaupun saya tahu bahawa memang tidak ada ikhwah yang lain boleh membantu saat itu melainkan diri saya. Apakan daya saya memang tidak mampu untuk keluar menemani beliau pada waktu itu. Sehingga ke saat ini saya masih menganggap bahawa itulah penyesalan dan kerugian yang amat besar bagi saya. Pak Cik itu dapat melepaskan perniagaannya dan mengendalikan mesyuarat itu bersama isterinya.

Usai sahaja dari urusan pada hari itu segera saya sms kepada beliau. Subhanallah belum sempat saya sms kepada beliau, panggilan dari pak cik tersebut datang. Dengan cungap-cungap keletihan beliau, beliau masih mempamerkan rasa syukur dan gembiranya kerana mesyuarat berjalan lancar lantas berterima kasih kepada saya atas doa yang dititipkan. Subhanallah! Ini sungguh pengorbanan super osem.

Beliau adalah murabbi yang mengajar dan mentarbiyah saya bahawa Allah itu sentiasa ada dan Allah itu Maha Memberi Rezeki kepada hambaNya. Apakah kita tidak melihat kepada cerita pak cik ini untuk menyedari kehadiran Allah SWT? Beliau benar-benar mengajar erti hidup sebagai seorang daie. Beliau benar-benar mempamerkan erti hidup sebagai seorang ikhwah. Saat kesibukan dan keletihan siang malamnya tidak pernah sekali beliau terlepas solat berjemaah subuh dan isyak. Tilawahnya sentiasa dijaga. Beliau bukanlah seorang ikhwah professor, doktor, engineer apatah lagi profesional tetapi beliau seorang ikhwah yang berdikari dengan bekerja sendiri. Seorang ikhwah yang bukan sekadar mengetahui menerusi banyaknya membaca tetapi seorang ikhwah yang mengetahui sendiri dari pengalaman dan pengamalan dalam dirinya.

Doaku moga pak cik dan mak cik terus istiqamah. Hanya Allah SWT yang mampu menganjari hamba-hambaNya yang menginfaqkan seluruh kehidupan mereka untuk menegakkan syiar Islam.
Ayat Jual Beli
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatuperniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
 (QS As-Shaaf : 10 – 13)

Wednesday, 3 October 2012

MekDi dan Cik Cola

Burger adalah kegemaran saya. Sewaktu saya suka bermain dengan patung Superman dulu, owh burger MekDi terasa sangat besar dan istimewa. Ianya burger yang ada something daripada burger-burger di stall tepi-tepi simpang.Itu bisik saya dalam hati walaupun saya tahu burger MekDi tak ada sos dan bawang goreng apatah lagi nak ditambah dengan telur goreng. Itu hanya ada pada burger stall di tepi jalan. Dan hati saya juga berkata, walaupun burger kat stall tepi simpang itu lebih sedap dan berbaloi untuk dimakan kerana lebih banyak isinya, lafaz di bibir saya mengatakan tidak kerana burger MekDi ada restorannya sendiri.

Perkara yang sama turut terjadi kepada seorang anak kecil bernama Boy yang mahu makan ayam. Suatu hari Boy duduk sambil makan nasi lemak dalam plastik yang dibelinya di kantin sekolah. Sewaktu Boy makan nasi lemak tu, Boy tengok kawan-kawannya makan ayam goreng. Ayam goreng biasa yang digoreng oleh emak mereka kemudian diletakkan dalam tupperware hijau untuk dijadikan bekal ke sekolah. So mereka tak makan nasi lemak dalam plastik macam Boy. Bila Boy mendekat kepada mereka, mereka kata, ini jauh lebih bersih. Boy seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pun rasa tercabar. Boy diam saja kemudia Boy pergi ke tempat duduknya dan berfikir. 

"Benar jugak ek, kotor lah makan dalam plastik macam ni. Ish...geli aku tengok" bisik Boy dalam hatinya. 

Esoknya selepas balik dari sekolah, Boy mengajak ayahnya ke KFC. Katanya nak beli ayam goreng. Ayahnya pelik. Hari itu diturutnya saja kehendak Boy. So Boy ada ayam KFC, cheesy wadges dan kentang goreng untuk dibawa ke sekolah. Petangnya sekolah KAFA (bukan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan). So dengan bangganya Boy mengeluarkan makanan dari bekas plastik Pak Cik Janggut Putih itu dan meletakkannya di atas meja. Rakan yang lain hanya terbeliak mata memandang. Nak minta takut disindir Boy, jadi mereka sekadar mampu untuk menelan air liur berjemaah. Boy pun makanlah dengan kenyang sekonyongnya sebelum kelas KAFA bermula. 

Owh apa kaitannya dengan MekDi dan Cik Cola yer...hehe

KFC sebenarnya bukanlah satu produk yang patut diboikot. Sabaliknya MCDonald dan Coca Cola adalah antara produk yang harus diboikot sepenuhnya oleh kita kerana terbukti menyumbang kepada misi ketenteraan tentera Zionis menerusi Persatuan Perdagangan Amerika-Yahudi di US. Ini adalah fakta bukan auta! Tetapi persoalan dan kisah cerita Boy di atas adalah asbab mengapa orang memilih nak makan MekDi dan minum Cik Cola. 



Semuanya kerana biar bergaya dan nampak steady dalam pandangan orang sekeliling. Bukan kerana rasanya lebih sedap atau harganya lebih murah. Malahan harganya jauh lebih mahal dan rasanya jauh lebih ketinggalan daripada burger di tepi simpang. Lidah orang Melayu seperti Superman pakai songkok pasti sukakan rempah. Mustahillah burger MekDi ni ada rempah bro! sos pun dia tak letak, letak sendiri lah. Sayur pun maen cuci jer kemudian letak mayonis sikit. Simple burger bukan? tapi guess berapa harganya? jauh lebih mahal daripada burger yang bawangnya digoreng, rotinya dibakar, diletakkan sos lada, sos cili, mayonis oren dan telur ayam.

Kenapa masih ada yang mahu makan walaupun tahu hakikat seperti itu? 



Well semua orang minat Superman daripada Keluang Man walaupun kedua-duanya membantu menewaskan orang jahat. Walaupun anda di Malaysia anda tahu bahawa hanya Keluang Man sahaja akan membantu anda dan mustahil sama sekali Superman yang berada di Amerika itu akan membantu anda tetapi tetap sahaja anda akan mengucapkan dan memberikan anugerah hero terhebat di dunia kepada Superman. Ianya tentang kemahsyuran dan populariti. Siapa lebih popular dia akan menang dan layak digelar terbaik!

Itulah jawapan bagi penggemar MekDi dan Cik Cola. Cakna dalam kebutaan. Manusia hakikatnya sentiasa memilih apa yang mereka hendak makan dan jarang sekali berfikir tentang apa orang lain akan makan. Tetapi jika Superman menjadi muslim dan bersongkok, Superman juga akan mengajar kita bahawa jauh lebih penting untuk kita melihat apa yang kita makan dan kesannya kepada diri dan ummah. Jika kita benar fikirkan umat, apakah kita tergamak makan burger MekDi yang memang kita ketahui menyumbang kepada tentera zionis? demikian juga halnya dengan cik coca cola. Cik Coca Cola hanya untuk edaran seluruh dunia tetapi haram dijual di bumi haram Israel. Israel sebuah kawasan yang haram dan tanah yang dicuri dari tuannya itu mengharamkan coca cola, jadi peliklah jika kita pula menjadi penggemar coca cola.

Tuesday, 2 October 2012

Falaq

Ada mentakrifkan Falaq sebagai belahan biji benih. Anda tahu apa itu belahan biji benih? Satu peralihan biji benih ke satu fasa kehidupannya yang baru. Belahan yang akan menjadikan biji benih ini tumbuhan yang baru. Dari sebiji benih yang kecil kemudiannya terbelah dan menjadi tumbuhan baru yang perlukan air, cahaya dan mineral untuknya membesar dan meneruskan kehidupan. Ia adalah satu transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Ada juga mendefiniskan Falaq sebagai cahaya waktu subuh. Waktu subuh adalah waktu pertengahan antara malam yang gelap dengan siang yang terang. Waktu peralihan antara tidur manusia dan bangunnya manusia untuk bekerja. Waktu peralihan yang menyaksikan terbitnya matahari menyinari alam ini dari sebelah timur. Ianya juga adalah transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Apa persamaan Falaq belahan biji benih dan Falaq cahaya waktu subuh? 

Kedua-dua nya menerangkan kepada manusia bahawa Falaq ini adalah transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi daripada satu persekitaran pekerjaan yang lain kepada satu persekitaran pekerjaan yang lain. Pendek kata ia menceritakan tentang perubahan. 

Dalam tafsir yang lainnya Falaq diertikan sebagai seluruh makhluk. Apa sahaja makhluk maka ia diertikan dalam ayat Al Falaq ini. Matahari, bulan, gunung, rumput, rama-rama, serangga, manusia dan apa sahaja yang ada di cakerawala ini sama ada yang zahir atau tidak termasuk dalam pengertian Falaq ini. Maknanya Falaq bercerita tentang semua makhlukNya kepada semua makhlukNya. Subahanallah. 

Rasanya sejak ditarik ke jalan osem ini sudah berpuluh kali mungkin ratusan kali surah ini diceritakan dan diperdengarkan. Dibaca? barangkali sudah beribu kali. Daripada diikat oleh Abang K kemudian ditarik oleh Abang Y sehinggalah dijagai sepenuh hati oleh Ustaz Z, ayat ini sentiasa dijadikan ayat penangan untuk membuatkan diri ini jatuh chenta padaNya. Malahan murabbi sekarang pun juga menggunakan ayat yang sama untuk membuatkan saya jatuh chenta pandang entah ke berapa padaNya. Ya! ayat yang sama. Pelik bukan? Ayat yang sama digunakan oleh orang berbeza namun masih berjaya membuatkan saya jatuh chenta. Cumanya ibrahnya berbeza. 

Ibarah pertama, ayat ini membuktikan kechentaan murabbi kepada saya. Walawey! Benar sekali. Murabbi akan ceritakan ayat ini kemudian menerangkan kepada saya akan sihir-sihir dunia yang boleh menyebabkan kita jatuh ke gaung neraka. Bahaya wanita selalu diperingatkan murabbi. Satu demi satu kupasan murabbi agar diri ini menjaga iman sebaiknya supaya terus kekal di jalan osem ini. Diterangkan godaan wanita, nafsu syahwat wanita yang bisa menarik dan menggoda diri ini. Lalu hal-hal seperti ini menyebabkan diri ini lentok dan leka dibuai nafsu cinta serakah sehingga melihat dunia ini seperti syurga yang penuh dengan bidadari-bidadari. Padahal ia adalah jelmaan syaitan. Bukankah itu sihir?

Dari sihir itu maka hilanglah fokus dan pembinaan kita untuk membina sebuah baitul muslim. Lalu kita memilih wanita kerana paras dan rupa. Justeru bagaimana akhowat kita? Siapa yang akan mengambil mereka sebagai zaujah? Lantas mereka berkahwin dengan orang kebiasaan. Lalu apa terjadi kepada dakwah ini? Dakwah akan dibiar sepi dan diisi oleh jiwa-jiwa yang menganggapnya sebagai part time job. No more fulltime muslim, no more fulltime daie kerana semuanya sudah sibuk dengan urusan-urusan keluarga masing-masing. Beratus kali murabbi dan syuyukh berbicara soal baitul muslim, apakah belum cukup membuat kita faham akan kepentingan dakwah dan tarbiyah yang osem ini?

Lihat betapa chentanya murabbi kepada kita sehingga sanggup menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana memilih zaujah. Supaya kelak kita hidup bahagia dunia dan akhirat. Punya isteri yang menjaga iman dan peneman di syurga yang abadi. Itu adalah suatu makna yang terhebat!

Ibrah kedua, apa kaitan transisi kepada diri kita? Transisi adalah permulaan kepada suatu perkara yang baru dari perkara yang sebelumnya. Jika masa sebelumnya amat teruk dan jijik maka transisi adalah ruang dan peluang terbaik yang Allah berikan untuk kita memperbaiki dan merubahnya agar menjadi lebih baik dan comel. Transisi bermakna peringatan kepada diri kita bahawa sentiasa ada peluang baru untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada kembangan bunga untuk kita petik. Sentiasa ada masanya untuk kita berubah daripada jahil kepada beriman. Maka transisi adalah satu detik yang harus kita syukuri.

Bersyukur atas transisi. Nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk kita merubah diri. Bermulanya transisi bermakna Allah telah menganugerahkan kita waktu untuk memperbanyakkan amal dan bertaubat atas kesalahan-kesalahan yang lepas supaya kita sentiasa menjadi hamba yang dichentaiNya. Apakah ini tidak hebat? Subhanallah. Jika diamati sedalam-dalamnya, siapakah yang mahu memberikan kita peluang demi peluang sedangkan kita semakin bertambah dosaa? Hanya Allah sahaja yang memberi peluang demi peluang. Apakah ini bukan manifestasi cinta Allah kepada kita?

Al kisahnya ayat ini adalah ayat-ayat chenta yang membawa saya mengenali bahawa Allah dan murabbi adalah insan yang menchentai diri ini untuk terus tsiqah dan istiqamah di jalan osem ini supaya kita bertemu di syurga Allah kelak. Sungguh penangan ayat ini membuatkan saya tergambar syurga itu indah dan menggiurkan sehingga membuat lapar menjadi kenyang, mengantuk menjadi berjaga, buruk menjadi hodoh, sedih menjadi senyum tawa kerana melihat akan peluang dan bunga-bunga ros merah yang mewangi di hadapan. 

So kenapa nak tersungkur awal dan membiarkan sahaja masa berlalu?

Permulaan kehidupan daripada transisi waktu malam ke waktu siang adalah hint daripada Allah kepada para penchentaNya. Para penchentaNya akan mengisi waktu tersebut sebagai permulaan kehidupan yang baru. kehidupan yang mahu mereka isi dengan amal dan taqwa agar beroleh kemenangan dan kejayaan yang agung. Permulaan yang akan diisi dengan merafakkan syukur kepadaNya. Permulaan kehidupan yang mahu diisi dengan tunduk sujud kepada Allah selamanya agar kehiduapan pada hari tersebut penuh baroqah dan diberkatiNya.
Begitu sekali para penchentaNya menghargai transisi ini. Transisi yang dinanti-nanti oleh hambaNya untuk memperbanyakkan amal dan bertaubat sesungguh-sungguhnya atas kesilapa-kesilapan yang lepas agar mereka berjaya mendapat kejayaan yang agung. Alangkah ruginya jika kita mengabaikan dan mensia-siakan transisi ini. Jika kita adalah biji benih yang gagal melakukan proses belahan makanya kita gagal untuk meneruskan perjuangan hidup ini merasai nikmat yang baru. 

Maka bagaimanakah al Falaq kita? 



Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang. Mahu meneruskan kechentaanNya.