Burger adalah kegemaran saya. Sewaktu saya suka bermain dengan patung Superman dulu, owh burger MekDi terasa sangat besar dan istimewa. Ianya burger yang ada something daripada burger-burger di stall tepi-tepi simpang.Itu bisik saya dalam hati walaupun saya tahu burger MekDi tak ada sos dan bawang goreng apatah lagi nak ditambah dengan telur goreng. Itu hanya ada pada burger stall di tepi jalan. Dan hati saya juga berkata, walaupun burger kat stall tepi simpang itu lebih sedap dan berbaloi untuk dimakan kerana lebih banyak isinya, lafaz di bibir saya mengatakan tidak kerana burger MekDi ada restorannya sendiri.
Perkara yang sama turut terjadi kepada seorang anak kecil bernama Boy yang mahu makan ayam. Suatu hari Boy duduk sambil makan nasi lemak dalam plastik yang dibelinya di kantin sekolah. Sewaktu Boy makan nasi lemak tu, Boy tengok kawan-kawannya makan ayam goreng. Ayam goreng biasa yang digoreng oleh emak mereka kemudian diletakkan dalam tupperware hijau untuk dijadikan bekal ke sekolah. So mereka tak makan nasi lemak dalam plastik macam Boy. Bila Boy mendekat kepada mereka, mereka kata, ini jauh lebih bersih. Boy seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pun rasa tercabar. Boy diam saja kemudia Boy pergi ke tempat duduknya dan berfikir.
Perkara yang sama turut terjadi kepada seorang anak kecil bernama Boy yang mahu makan ayam. Suatu hari Boy duduk sambil makan nasi lemak dalam plastik yang dibelinya di kantin sekolah. Sewaktu Boy makan nasi lemak tu, Boy tengok kawan-kawannya makan ayam goreng. Ayam goreng biasa yang digoreng oleh emak mereka kemudian diletakkan dalam tupperware hijau untuk dijadikan bekal ke sekolah. So mereka tak makan nasi lemak dalam plastik macam Boy. Bila Boy mendekat kepada mereka, mereka kata, ini jauh lebih bersih. Boy seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pun rasa tercabar. Boy diam saja kemudia Boy pergi ke tempat duduknya dan berfikir.
"Benar jugak ek, kotor lah makan dalam plastik macam ni. Ish...geli aku tengok" bisik Boy dalam hatinya.
Esoknya selepas balik dari sekolah, Boy mengajak ayahnya ke KFC. Katanya nak beli ayam goreng. Ayahnya pelik. Hari itu diturutnya saja kehendak Boy. So Boy ada ayam KFC, cheesy wadges dan kentang goreng untuk dibawa ke sekolah. Petangnya sekolah KAFA (bukan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan). So dengan bangganya Boy mengeluarkan makanan dari bekas plastik Pak Cik Janggut Putih itu dan meletakkannya di atas meja. Rakan yang lain hanya terbeliak mata memandang. Nak minta takut disindir Boy, jadi mereka sekadar mampu untuk menelan air liur berjemaah. Boy pun makanlah dengan kenyang sekonyongnya sebelum kelas KAFA bermula.
Owh apa kaitannya dengan MekDi dan Cik Cola yer...hehe
KFC sebenarnya bukanlah satu produk yang patut diboikot. Sabaliknya MCDonald dan Coca Cola adalah antara produk yang harus diboikot sepenuhnya oleh kita kerana terbukti menyumbang kepada misi ketenteraan tentera Zionis menerusi Persatuan Perdagangan Amerika-Yahudi di US. Ini adalah fakta bukan auta! Tetapi persoalan dan kisah cerita Boy di atas adalah asbab mengapa orang memilih nak makan MekDi dan minum Cik Cola.
Semuanya kerana biar bergaya dan nampak steady dalam pandangan orang sekeliling. Bukan kerana rasanya lebih sedap atau harganya lebih murah. Malahan harganya jauh lebih mahal dan rasanya jauh lebih ketinggalan daripada burger di tepi simpang. Lidah orang Melayu seperti Superman pakai songkok pasti sukakan rempah. Mustahillah burger MekDi ni ada rempah bro! sos pun dia tak letak, letak sendiri lah. Sayur pun maen cuci jer kemudian letak mayonis sikit. Simple burger bukan? tapi guess berapa harganya? jauh lebih mahal daripada burger yang bawangnya digoreng, rotinya dibakar, diletakkan sos lada, sos cili, mayonis oren dan telur ayam.
Kenapa masih ada yang mahu makan walaupun tahu hakikat seperti itu?
Well semua orang minat Superman daripada Keluang Man walaupun kedua-duanya membantu menewaskan orang jahat. Walaupun anda di Malaysia anda tahu bahawa hanya Keluang Man sahaja akan membantu anda dan mustahil sama sekali Superman yang berada di Amerika itu akan membantu anda tetapi tetap sahaja anda akan mengucapkan dan memberikan anugerah hero terhebat di dunia kepada Superman. Ianya tentang kemahsyuran dan populariti. Siapa lebih popular dia akan menang dan layak digelar terbaik!
Itulah jawapan bagi penggemar MekDi dan Cik Cola. Cakna dalam kebutaan. Manusia hakikatnya sentiasa memilih apa yang mereka hendak makan dan jarang sekali berfikir tentang apa orang lain akan makan. Tetapi jika Superman menjadi muslim dan bersongkok, Superman juga akan mengajar kita bahawa jauh lebih penting untuk kita melihat apa yang kita makan dan kesannya kepada diri dan ummah. Jika kita benar fikirkan umat, apakah kita tergamak makan burger MekDi yang memang kita ketahui menyumbang kepada tentera zionis? demikian juga halnya dengan cik coca cola. Cik Coca Cola hanya untuk edaran seluruh dunia tetapi haram dijual di bumi haram Israel. Israel sebuah kawasan yang haram dan tanah yang dicuri dari tuannya itu mengharamkan coca cola, jadi peliklah jika kita pula menjadi penggemar coca cola.
selagi pemimpin belum boikot so ekot jer lah..lagipun lebih baik dgr kata pemimpin..
ReplyDeletepemimpin mana yang berkata tu?
ReplyDeleteapa definisi pemimpin bagi anda?
pemimpin tu nak memimpin anda ke mana?
jika tidak pasti ianya ke surga Allah, maka jangan diikut pimpinannya. Bukanlah saya boleh memastikannya tetapi apakah kita yang punya aqal sendiri tidak boleh memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk tidak boleh membuat keputusan?
bagaimana jika pemimpin tu berkata, semua rakyat Zimbabwe mesti makan anda. Adakah anda setuju?