Anda tahu apa itu songkok? Zaman saya kanak-kanak, superman adalah superhero yang sangat glamour lagi macho bergaya sama hebatnya Batman, Bajak Hitam, Ultraman Brothers dan Power Rangers. Anda tahu apa persamaan mereka semua? Mereka semuanya tidak pernah tewas dalam mana-mana pertarungan dan perlawanan menentang musuh-musuh yang kononnya jahat. Waktu itu, setiap daripada rakan saya yang lelaki lah, sekurang-kurangnya mesti ada patung Superman atau sahabat yang lainnya. Jika tak ada tu mungkin dia sedang bermain dengan permainan alat memasak dan patung teddy bear. Wekkk!
Bertuahnya saya sebab saya ada semua hero-hero tu. Nenek saya yang bagi. Cucu lelaki kesayangan katakan. Dari tadika sampailah ke kolej pengajian tinggi, saya bersongkok. Ala-ala lelaki melayu terakhir gitu. Hensem ** skema** cute ** sopan santun dan penuh dengan ciri-ciri kemelayuan...haha. Baju Melayu, adat Melayu, bersongkok, buku-buku Melayu, pejuang-pejuang Melayu semuanya saya sapu dan jadikan pedoman. Nak buktikan tulennya Melayu saya. Ini Melayu Malaysia bukan Melayu Afrika.
Itulah zaman riang ria alam meniti usia baligh saya...menarik kan? Jika anda nak tahu lebih lanjut, bolehlah ikut program Meniti Usia Baligh (MUB). Videonya ada kat laman Uncle Tube.
Anda tahu apa itu bulatan gembira?
Anda tahu zaman penculikan diri dan penangan ayat-ayat ChentaNya?
Ya itulah zaman yang sungguh osem lagi bergaya tahap dewa ketujuh. Di zaman itu anda akan diculik, diberi makan sepuasnya, disuruh menyepak bola sehingga kaki anda rasa kebas dan setiap masa diperdengarkan dengan lafaz chenta dariNya. Dan saya adalah insan marhaen yang terperangkan dan terjerumus ke lembah bulatan gembira itu!
Saya juga menggunakan taktik yang sama untuk memerangkap manusia lain ke dalam lembah bulatan gembira ini. Saya tarik, saya bawa jalan-jalan, makan-makan, maen-maen, ketawa terbahak-bahak dan akhirnya bersama-sama di jalan panjang yang penuh duri dan paku yang tajam ini. Kini saya masih di jalan itu dan saya sentiasa berdoa agar saya terus berada di jalan itu sehinggalah ke surga yang kekal abadi di Firdaus menanti bukan di Janda Baik.
Saya termakan, terminum dan terkena penangan ayat chentaNya sehingga saya kenal bahawa kejayaan yang abadi adalah apabila berjaya melangkah ke surgaNya yang penuh osem dan membahagiakan bersama ros merah itu dan pastinya surga itu bukannya di Janda Baik, Pahang Darul Makmur walaupun negeri itu makmur, aman dan sentosa.
No comments:
Post a Comment