Thursday, 21 February 2013

Manusia Ibarat Logam



Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga mereka semasa Islamnya 
sahih Bukhari 

Rasulullah saw mengibaratkan manusia ini seperti logam. Hah? Logam? ya, manusia itu seperti logam.

Apa itu logam? 
Keluli, besi, kereta, podium, sodium, kalsium, tungsten dan semua yang terkandung dalam Jadual Berkala tu adalah logam.

Apakah sifat logam?
Keras, bernilai, berkilat, berat, mahal, boleh dibentuk, tak berubah sifatnya walau dalam apa jua keadaannya. 

Apakah kegunaan logam bagi manusia?
Logam sangat penting dalam kehidupan manusia. Contohnya emas menjadi matawang, timah menjadi tin aluminium, kereta dan banyak lagi. 

Semua ini melalui satu proses yang dinanamakan "dibentuk". Korek logam daripada dasar bumi kemudian hantar ke kilang, proses timah untuk dijadikan aluminium. Apabila logam diproses dan dibentuk barulah ia mampu digunakan dan memiliki nilai.

Jadi logam ini menjadi bernilai apabila dibentuk. 

Begitulah sunnatullah alam. Sesuatu yang tiada nilai apabila dibentuk maka ia menjadi bernilai dan beharga. Kenapa?

Kerana potensi, nilai, kegunaan dan fungsi yang dizahirkan dan dieksploitasikan daripada logam tersebut. Timah yang dikorek dilombong atau di sungai tak ada nilai melainkan setelah ianya dbentuk menjadi sesuatu seperti tin aluminium. Tanpa menzahirkan potensi dan kegunaan logam, apakah timah itu bernilai?

Demikian juga manusia. Manusia menjadi bernilai apabila potensinya terserlah dan dizahirkan. Kerana itu Rasulullah saw berdoa agar dimasukkan dalam Islam antara dua Amr. Kerana potensi yang ada pada Umar Al Khattab dan Amr Ibnu Hisyam. 

Apakah ramuan Rasulullah saw membentuk manusia?
Logam dibentuk dengan suhu yang sedemikian, dalam keadaan yang sedemikian lalu menjadilah ia sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan manusia dan bernilai. Demikian juga manusia. Harus dibentuk dengan sesuatu yang sedemikian sifatnya sehingga akhirnya kelak akan menjadi bernilai. Lalu apakah yang sedemikian itu? Tarbiah Islam!
Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya keranaNyalah kami menyembah. 


Al Baqarah:138

Daripada tarbiah Islam, Rasulullah saw membentuk para sahabat menjadi golongan yang faham Islam. Kerana faham Islam dalam tempoh 13 tahun lahir 300 orang individu muslim. 

Kerana faham islam lahirlah Sumayyah, Bilal, Umar Al Khattab, Khalid Al Walid, Abu Bakar, Ali Bin Abu Thalib, Khalid Al Walid, Abdul Rahman Bin Auf, Siti Khadijah dan ramai lagi. Sehingga ada dari kalangan mereka yang sanggup infaqkan seluurh harta mereka untuk perjuangan dakwah Rasulullah. 

Maknanya setiap daripada kita fitrahnya ada potensi. Potensi adalah sesuatu yang bermanfaat jika kita manfaatkan untuk Islam.

Rugilah jika ada potensi, hidup di dunia tidak memanfaatkan potensi untuk berdakwah sedangkan dunia adalah ladang untuk beramal manakala akhirat tempat untuk menuai segala hasil pekerjaan kita di dunia.

Lantas apakah tugas kita? Tugas kita adalah mengenal potensi diri dan manfaatkan potensi agar selari dengan Islam. 

3 comments: