Tuesday, 2 October 2012

Falaq

Ada mentakrifkan Falaq sebagai belahan biji benih. Anda tahu apa itu belahan biji benih? Satu peralihan biji benih ke satu fasa kehidupannya yang baru. Belahan yang akan menjadikan biji benih ini tumbuhan yang baru. Dari sebiji benih yang kecil kemudiannya terbelah dan menjadi tumbuhan baru yang perlukan air, cahaya dan mineral untuknya membesar dan meneruskan kehidupan. Ia adalah satu transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Ada juga mendefiniskan Falaq sebagai cahaya waktu subuh. Waktu subuh adalah waktu pertengahan antara malam yang gelap dengan siang yang terang. Waktu peralihan antara tidur manusia dan bangunnya manusia untuk bekerja. Waktu peralihan yang menyaksikan terbitnya matahari menyinari alam ini dari sebelah timur. Ianya juga adalah transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Apa persamaan Falaq belahan biji benih dan Falaq cahaya waktu subuh? 

Kedua-dua nya menerangkan kepada manusia bahawa Falaq ini adalah transisi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi daripada satu persekitaran pekerjaan yang lain kepada satu persekitaran pekerjaan yang lain. Pendek kata ia menceritakan tentang perubahan. 

Dalam tafsir yang lainnya Falaq diertikan sebagai seluruh makhluk. Apa sahaja makhluk maka ia diertikan dalam ayat Al Falaq ini. Matahari, bulan, gunung, rumput, rama-rama, serangga, manusia dan apa sahaja yang ada di cakerawala ini sama ada yang zahir atau tidak termasuk dalam pengertian Falaq ini. Maknanya Falaq bercerita tentang semua makhlukNya kepada semua makhlukNya. Subahanallah. 

Rasanya sejak ditarik ke jalan osem ini sudah berpuluh kali mungkin ratusan kali surah ini diceritakan dan diperdengarkan. Dibaca? barangkali sudah beribu kali. Daripada diikat oleh Abang K kemudian ditarik oleh Abang Y sehinggalah dijagai sepenuh hati oleh Ustaz Z, ayat ini sentiasa dijadikan ayat penangan untuk membuatkan diri ini jatuh chenta padaNya. Malahan murabbi sekarang pun juga menggunakan ayat yang sama untuk membuatkan saya jatuh chenta pandang entah ke berapa padaNya. Ya! ayat yang sama. Pelik bukan? Ayat yang sama digunakan oleh orang berbeza namun masih berjaya membuatkan saya jatuh chenta. Cumanya ibrahnya berbeza. 

Ibarah pertama, ayat ini membuktikan kechentaan murabbi kepada saya. Walawey! Benar sekali. Murabbi akan ceritakan ayat ini kemudian menerangkan kepada saya akan sihir-sihir dunia yang boleh menyebabkan kita jatuh ke gaung neraka. Bahaya wanita selalu diperingatkan murabbi. Satu demi satu kupasan murabbi agar diri ini menjaga iman sebaiknya supaya terus kekal di jalan osem ini. Diterangkan godaan wanita, nafsu syahwat wanita yang bisa menarik dan menggoda diri ini. Lalu hal-hal seperti ini menyebabkan diri ini lentok dan leka dibuai nafsu cinta serakah sehingga melihat dunia ini seperti syurga yang penuh dengan bidadari-bidadari. Padahal ia adalah jelmaan syaitan. Bukankah itu sihir?

Dari sihir itu maka hilanglah fokus dan pembinaan kita untuk membina sebuah baitul muslim. Lalu kita memilih wanita kerana paras dan rupa. Justeru bagaimana akhowat kita? Siapa yang akan mengambil mereka sebagai zaujah? Lantas mereka berkahwin dengan orang kebiasaan. Lalu apa terjadi kepada dakwah ini? Dakwah akan dibiar sepi dan diisi oleh jiwa-jiwa yang menganggapnya sebagai part time job. No more fulltime muslim, no more fulltime daie kerana semuanya sudah sibuk dengan urusan-urusan keluarga masing-masing. Beratus kali murabbi dan syuyukh berbicara soal baitul muslim, apakah belum cukup membuat kita faham akan kepentingan dakwah dan tarbiyah yang osem ini?

Lihat betapa chentanya murabbi kepada kita sehingga sanggup menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana memilih zaujah. Supaya kelak kita hidup bahagia dunia dan akhirat. Punya isteri yang menjaga iman dan peneman di syurga yang abadi. Itu adalah suatu makna yang terhebat!

Ibrah kedua, apa kaitan transisi kepada diri kita? Transisi adalah permulaan kepada suatu perkara yang baru dari perkara yang sebelumnya. Jika masa sebelumnya amat teruk dan jijik maka transisi adalah ruang dan peluang terbaik yang Allah berikan untuk kita memperbaiki dan merubahnya agar menjadi lebih baik dan comel. Transisi bermakna peringatan kepada diri kita bahawa sentiasa ada peluang baru untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada kembangan bunga untuk kita petik. Sentiasa ada masanya untuk kita berubah daripada jahil kepada beriman. Maka transisi adalah satu detik yang harus kita syukuri.

Bersyukur atas transisi. Nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk kita merubah diri. Bermulanya transisi bermakna Allah telah menganugerahkan kita waktu untuk memperbanyakkan amal dan bertaubat atas kesalahan-kesalahan yang lepas supaya kita sentiasa menjadi hamba yang dichentaiNya. Apakah ini tidak hebat? Subhanallah. Jika diamati sedalam-dalamnya, siapakah yang mahu memberikan kita peluang demi peluang sedangkan kita semakin bertambah dosaa? Hanya Allah sahaja yang memberi peluang demi peluang. Apakah ini bukan manifestasi cinta Allah kepada kita?

Al kisahnya ayat ini adalah ayat-ayat chenta yang membawa saya mengenali bahawa Allah dan murabbi adalah insan yang menchentai diri ini untuk terus tsiqah dan istiqamah di jalan osem ini supaya kita bertemu di syurga Allah kelak. Sungguh penangan ayat ini membuatkan saya tergambar syurga itu indah dan menggiurkan sehingga membuat lapar menjadi kenyang, mengantuk menjadi berjaga, buruk menjadi hodoh, sedih menjadi senyum tawa kerana melihat akan peluang dan bunga-bunga ros merah yang mewangi di hadapan. 

So kenapa nak tersungkur awal dan membiarkan sahaja masa berlalu?

Permulaan kehidupan daripada transisi waktu malam ke waktu siang adalah hint daripada Allah kepada para penchentaNya. Para penchentaNya akan mengisi waktu tersebut sebagai permulaan kehidupan yang baru. kehidupan yang mahu mereka isi dengan amal dan taqwa agar beroleh kemenangan dan kejayaan yang agung. Permulaan yang akan diisi dengan merafakkan syukur kepadaNya. Permulaan kehidupan yang mahu diisi dengan tunduk sujud kepada Allah selamanya agar kehiduapan pada hari tersebut penuh baroqah dan diberkatiNya.
Begitu sekali para penchentaNya menghargai transisi ini. Transisi yang dinanti-nanti oleh hambaNya untuk memperbanyakkan amal dan bertaubat sesungguh-sungguhnya atas kesilapa-kesilapan yang lepas agar mereka berjaya mendapat kejayaan yang agung. Alangkah ruginya jika kita mengabaikan dan mensia-siakan transisi ini. Jika kita adalah biji benih yang gagal melakukan proses belahan makanya kita gagal untuk meneruskan perjuangan hidup ini merasai nikmat yang baru. 

Maka bagaimanakah al Falaq kita? 



Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang. Mahu meneruskan kechentaanNya. 

1 comment:

  1. The Sports Lounge at Charles Town Races, Tickets, Address
    The Sports 김천 출장안마 Lounge at Charles Town Races tickets, address, 태백 출장샵 phone number, address, reviews and 진주 출장마사지 more. Find The Sports 부천 출장안마 Lounge at Charles Town 구리 출장샵 Races,

    ReplyDelete