Saturday, 17 November 2012

Adakah kita sekujur tubuh?

Hari ini ada dua himpunan Solidariti Untuk Palestin berlangsung. Satu di ibu negara di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat yang mendapat liputan luas media arus perdana dan satu lagi di hadapan DETAR UNIMAS selesai solat Jumaat tengahari tadi. Itu sekadar di Malaysia. 


Ia juga berlangsung seluruh dunia pada hari ini. 

 Freedom for Palestine in France



Freedom for Palestine in Boston


 Freedom for Palestine in Canada


 Freedom for Palestine in Chicago


 Peaceful Demo in England


Demonstrasi Solidariti untuk Palestin di Kuala Lumpur 


 Support for Palestine in Knoxville


Support for Palestine in New York 


 Support for Palestine in San Francisco


Support for Palestine by Korean

Ya, ianya sedang berlangsung seluruh dunia ketika ini. 

Seluruh dunia ketika ini berkibar bendera Palestin. Seluruh dunia ketika ini berteriak mahu menjatuhkan Israel. Seluruh dunia saat ini menghulurkan sumbangan untuk Palestin. Seluruh dunia ketika ini mahu pergi ke Palestin melawan Zionis. Ya! Gema Freedom for Palestine bergema seluruh dunia ketika ini.

Kemudian kedengaran suara-suara merdu lagi lunak mengatakan, 
Apa rasional terpekik-pekik bawa bendera apa semua ni? Ingat demo dan boikot ni boleh bawa menang ke? All this things are useless. Waste time!

Owh peluh besar dengan bijak pandai seperti mereka ini. Boleh jer bijak pandai ni berkata sedemikian saat seluruh dunia sedang menentang kezaliman dan melahirkan solidariti kemanusiaan mereka. Saat ini Israel siap sedia untuk menggempur Palestin habis-habisan. Niat mereka untuk menghapuskan seluruh Bumi Gaza. Kereta-kereta kebal Israel sudah bersiap sedia di luar sempadan Khan Younis dna hanya menunggu arahan untuk menggempur Gaza.

Korbannya kanak-kanak dan wanita. Seorang demi seorang pemimpin Gaza akan dihapuskan oleh mereka. Apakah ia melunturkan dan melemahkan rakyat Gaza? Tidak sama sekali. Ia memperteguhkan mereka malahan ia semakin mendekatkan mereka kepada kemenangan yang Allah janjikan. 

..................................................................................................................................

Saya juga seperti kebanyakan daripada kita. Hanya mampu menyebarkan mesej-mesej ini di laman internet menerusi Facebook, Twitter dan juga blog-blog ini. Sekurang-kurangnya menyampaikan walaupun kesannya tidak ada sangat untuk dibanggakan. Tetapi bukan kebanggaan yang saya cari.

Saya juga seperti kalian, hanya mampu berdoa. Saya tidak punya kekuatan untuk berdemo selesai solat Jumaat menyeru dan bersuara kepada orang ramai untuk sama-sama mengingati Palestin dan menyuarakan keprihatinan kepada mereka. Saya hanya mampu berdoa. 

Saya juga sama seperti anda semua. Tidak punya wang yang banyak untuk disalurkan kepada saudara kita di Palestin. Walaupun jauh di sudut hati punya keinginan untuk menjadi insan-insan yang mampu menghulurkan bantuan dan infaq apatah lagi setelah mendengar khabar seorang Aunty menderma RM60 ribu untuk tabung kecemasan Palestin.

Saya tidak punya keistimewaan untuk menarik masyarakat bersama-sama menndengar kupasan isu Palestin. Saya tidak pernah sama sekali menjejakkan kaki ke Bumi Palestin untuk melihat sendiri penderitaan mereka dan merasa sendiri kehidupan mereka di sana.

Saya bukan lahir dari keluarga alim ulama, ayah ibu ustaz ustazah. Keluarga saya biasa-biasa sahaja. Mereka juga hanya mendengar isu Palestin dari kaca televisyen. Kefahaman mereka tentang isu Palestin juga tidak jauh bezanya dengan masyarakat biasa.

Saya tidaklah duduk di ibukota yang dihuni puluhan juta manusia yang sanggup turun berdemo untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap serangan Israel ke atas Gaza. Saya hanya duduk di kampung dan sebuah pekan kecil di mana masyarakatnya hanya sibuk dengan urusan sendiri sahaja. Malahan berbicara isu global di sini adalah sesuatu yang asing.

Tetapi saya percaya dan yakin bahawa di mana sahaja saya berada, di waktu apa sekalipun, dalam keadaan apa sekalipun, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan apa yang saya lakukan. 

Saya juga punya cita-cita, jika hari ini hanya saya seorang prihatin dan mahu bersuara seperti ini tentang masalah umat, esok saya akan pastikan akan ada dua tiga orang pemuda berdiri dan bersama-sama saya untuk memperjuangkan hak ummat ini. Pemuda yang mencintai umat. Pemuda yang akan membawa gema suara di bandar kecil ini, di masyarakat asing ini, yang akan memecahkan kesunyian keluarga-keluarga biasa ini untuk sedar akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah. Untuk itu tarbiyyah ini harus diperkemas dan digerakkan dengan lebih padu lagi. 

Dan bersuara atas isu Gaza, berdemonstrasi serta memboikot produk Israel ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai KHALIFAH

Daripada Nu'man bin Basyir RA bahawa Rasulullah saw bersabda; 

Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain pada kasih sayang dan belas kasihan serta tolong-menolong ialah seperti jasad yang satu. Apabila satu anggota badan mengadu sakit maka kesakitan itu akan turut dirasai oleh seluruh tubuh dan mengalami demam serta berjaga malam (sukar untuk tidur). 
[Riwayat Bukhari dan Muslim] 



2 comments: