Thursday, 28 February 2013

Jika ada yang lain, Tinggalkanlah...

Perpisahan pertama dalam hidup saya berlaku sewaktu saya masih di tadika. Ketika itu almarhum datuk sebelah ibu meninggal. Saya sangat terkesan dengan perginya arwah. Sayalah cucunya yang mengisi air ke dalam baldi lalu digunakan almarhum untuk mengangkat wudhu'. 

Perpisahan kedua dalam hidup saya sewaktu saya tahun satu. Walaupun tahun satu namun saya sudah mencintai sahabat saya (walaweh, angkat kening). Ya saya begitu akrab dengan Inche M. Inche M berpindah sekolah mengikut keluarganya. Tega sekali keluarganya memisahkan kami (airmata bercucuran). Ada hadiah daripada Inche M pada saya yakni magic pen. Kanak-kanak mestilah suka magic pen.

Sungguh saya tidak menyangka. Pertemuan pada tahun 1995 itu memperkenalkan saya dengan sahabat-sahabat yang sungguh baik hati. Akhirnya pada tahun 2001, setelah Ujian Peninggalan Sekolah Rendah (selepas ujian boleh tinggalkan sekolah rendah) kami berpisah. Ada ke sekolah agama, asrama penuh sesak juga ke sekolah harian biasa-biasa aje seperti saya. Sedih tak terhingga. Lagu Westlife diubah menjadi lagu melayu ala-ala perpisahan supaya menitiskan air mata. OWH saya masih ingat kenangan itu.

Saban hari berlalu waktu demi waktu, meningkatnya usia kita sehari demi sehari, semakin banyak sahabat yang kita kenali. Alhamdulillah di jalan cinta para pejuang ini, saya menemui kalian (ikhwah) sebagai sahabat. Ya! Kita bertemu di jalan cinta para pejuang. 

Kita bersahabat kerna Allah SWT.
Kerna kita yakin adanya surga untuk mereka yang saling mencintai kernaNya. 

Akh,
Lupakah engkau kisah dua orang saudara yang bertemu dan berpisah kerana Allah?
Tiada lain janji Allah buat mereka berdua melainkan surga yang abadi!

Akh,
Lihatlah pada kisah pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khindir. Penuh dengan kesabaran, perkongsian, saling memerlukan dan saling menasihati sesama mereka. Walau Nabi Khindir mengatakan tidaklah engkau akan bersabar dengan karenahku, dijawab Musa, demi Allah selepas ini aku akan sentiasa mengikuti sahaja apa perlakuanmu. Kerana yakinnya Musa bahawa Khindir akan menuntutnya menuju rahmat Allah SWT. Tidak pernah sedikitpun Musa berkecil hati dengan sikap dan kata-kata Khindir. Mahukah kita memiliki perasaan dan sanubari seperti kesabaran dan keyakinan prasangka baik Musa?




di saat kita gembira, kita berpegang tangan lalu melonjak girang
mahukah kita terus begini? ayuh menuju Allah!




Akh,
Ingatkah pada tiga pemuda yang syahid dalam Perang Yarmouk. Kisah mereka menjadi titipan dari bibir ke bibir para pejuang. Harith Bin Hisyam, Ikrimah Bin Abu Jahl, Iyash Bin Abi Rabiah saling mendahulukan antara satu sama lain. Datang pembawa air menuju kepada Harith. Ketika itu Harith mendengar suara Ikrimah meminta air. Dilepasnya air lalu dimintanya pembawa air membawa kepada Ikrimah. Ikrimah cuba meminumnya, belum pun sempat didengarnya suara Iyash merintih kesakitan. Lalu dibawa air kepada Iyash. Belumpun sempat air datang kepadanya, Allah menjemput Iyash kemudian diikuti oleh Ikrimah dan Harith. Tiga pemuda yang luka akibat mengejar syahid kerana kesungguhan mereka pada janji Allah. Itsarnya mereka hanya kerana segelas air. Tidakkah kita mahu itsar sebagaimana tiga pemuda ini?


Selepas usrah kami selalu buat begini, evendore childish tapi semangat itu yang bermanfaat

Kenangan sewaktu jaulah bersama-sama hadek-hadek terchenta ;-)


Sungguh jalan ini sumpah panjang. Moga kami semuanya istiqamah. 

Akh, 
Rasulullah saw itu qudwah kita. Apakah enta lupa pada keakraban Rasulullah saw dan Abu Bakar As Siddiq? Abu Bakar adalah sahabat nabi yang mengetahui segala perihal nabi. Itsar Abu Bakar begitu tinggi sekali sehingga seluruh hartanya diinfaqkan untuk perjuangan dakwah ini. Apabila ditanya Rasulullah saw, apakah yang engkau tinggalkan buat keluargamu wahai Abu Bakar? Aku tinggalkan untuk mereka engkau ya Rasulullah, jawab Abu Bakar lembut. Saat seluruh Mekah mengatakan Muhammad itu gila, Abu Bakar tampil mempercayainya. Tidakkah kita mahu persahabatan kita dengan jiwa Abu Bakar ini? 
Tanggungjawab kita wahai sahabat, untuk memastikan cinta ini adalah kerna Allah. Tanpanya kita tidak layak mendapat surga yang abadi. Lalu musnahlah impian kita untuk bersama selamanya. 

Tanggungjawab kita saling mendoakan agar sama-sama sentiasa dalam rahmat dan kesejahteraan Allah SWT.

Tanggungjawab kita jika ada yang mula tersasar haruslah ditarik kembali kepada matlamat asal. Lihatlah betapa besarnya jiwa golongan Ansar menerima kedatangan golongan Muhajirin. Ditutupnya lampu kerana mahu menjamu tetamunya Muhajirin padahal makanan itu tidaklah cukup. Moga dalam gelap itu, Muhajirin bersangka bahawa si Ansar ini juga makan bersama mereka.

Akh,
Aku tidak punya kekuatan untuk menarikmu dari azab Allah. Demikian juga dirimu. Sebaiknya di dunia ini sahajalah kita berpesan dan saling menasihati.

"...serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

[Al Asr:3]
Di jalan cinta para pejuang ini kita bersama menjunjung Allah sebagai matlamat, Rasulullah sebagai qudwah, Al Quran sebagai dustur dan syahid sebagai cinta-cita tertinggi.

Jika ada yang selain itu, tinggalkanlah.
Jika ada matlamat yang lain, ketepikanlah.
Maafkan aku ikhwah. Aku tidak boleh seiring denganmu jika engkau tidak boleh meninggalkan dan mengenepikannya. Kerna aku dambakan surga dan aku mahu berlindung di bawah rahmat Allah.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia" 
[An Nas:1]

Kita mengenal tarbiah lalu kita terasa indah. Alangkah bahagianya jika hidup di zaman Rasulullah saw. Lantas, mengapa tidak kita hidupkan sendiri suasana itu di zaman ini?

Perjuangan ini di pundak kita. Jangan sesekali tinggalkannya kerna khuatir, Allah gantikan kita dengan yang lain. 


Wednesday, 27 February 2013

Usrah itu jumud


Pernah suatu ketika selepas solat Asar berjemaah di surau berhampiran rumah, saya disapa lalu diajak duduk seketika oleh seorang ahli jemaah tabligh. Surau itu sunyi pada waktu Zuhur dan Asar melainkan ada jemaah tabligh yang datang mengimarahkan. Lalu pak cik tersebut menyapa, Alhamdulillah, saya nampak anak ni solat berjemaah di sini. Rumah dekat-dekat sini ke? Ya, rumah saya kat depan sana. Lalu katanya lagi, susah nak nampak anak muda datang ke surau sekarang ni.

Tanpa berlengah pak cik tersebut terus mengajak saya bersama-sama jemaah tabligh. Pertanyaannya, pernah keluar? Jom ikut kami keluar. Inilah sunnah Rasulullah dahulu. Melakukan kerja-kerja dakwah dari rumah ke rumah, dari individu ke ke individu. Waktu itu saya seorang yang jumud. Lalu saya katakan erm…tak pe pak cik. Saya dah ikut usrah. Dijawab pak cik tersebut, usrah ni tak mengembangkan dakwah. Mereka duduk berbincang sesama sendiri jer. Tak keluar. Mereka tak berdakwah, hanya sesama mereka sahaja.

Saya pun duduk di hadapan pak cik tersebut dengan wajah senyum dan berlapang dada. Saya curious nak tahu kenapa masyarakat di luar sana mengatakan orang yang ikut usrah ni tak berkembang dan dakwah sesama mereka jer.


Usrah itu jumud.
Duduk sesama mereka.  

Kemudian, tidak ada apa-apa.

Ikhwah wa akhowat fillah,

Usra itu jumud, ketinggalan, lambat dan tidak membawa apa-apa makna dalam dakwah. Ianya sudah ketinggalan. Duduk berjam-jam sampai kaki naik lenguh hanya sekadar berbincang tajuk-tajuk tertentu yang sebenarnya kita boleh baca di rumah sendiri. 

Lebih baik kita beli sahaja buku Modul Pembangunan Insan daripada ImanShoppe kemudian baca sendiri di rumah. Bazir masa, bazir tenaga dan bazir wang sahaja datang dari jauh-jauh kekadang sampai berkongsi duit nak isi minyak semata-mata nak hadir usrah. Malah ada yang sanggup kongsi beli kereta kerana nak memudahkan pengangkutan pergi usrah dan daurah. Dah la usrah tu every week jumpa muka yang sama jer.


Ikhwah wa akhowat fillah,
Usrah boleh jadi seperti di atas malahan mungkin ada dari kalangan kita sendiri yang pernah merasakan seperti di atas. Usrah akan dikatakan jumud, ketinggalan dan bla..bla..bla… jika tiadanya keikhlasan, ketekunan, kesungguhan dan ukhuwwah.

1.      Keikhlasan
Ikhlas itu seperti semut hitam yang berjalan di atas batu yang gelap ditengah malam yang pekat. Pastinya memang langsung tak nampak. Tidak nampak kerana kesungguhan peribadi kita untuk mencapat matlamat yang satu yakni khusyuk dalam ibadah kepada Allah. Natijah daripadanya adalah datangnya redha Allah kepada kita. Ikhlas ertinya kita hanya fokus kepada satu matlamat yakni Allah. Tiada matlamat selain itu.

Natijah daripada keikhlasan adalah kita akan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Kita merasakan bahawa Allah ada di mana-mana sahaja. Penglihatan kita hanya pada yang halal. Pendengaran kita hanya pada yang halal. Percakapan kita hanya pada yang halal. Kerana kita khuatir bahawa jika kita terleka dan semberono terhadap pancaindera, kelak Allah akan membalasnya dengan azab neraka. Nauzubillahminzhalik. Akhirnya hubungan yang baik dengan Allah akan memberi kekuatan kepada diri kita untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Secara tidak langsung akan terbentuklah hubungan yang baik antara kita dan manusia lainnya.

2.      Ketekunan
Ketekunan dalam usaha kita untuk memahami dan mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam usrah dan daurah. Bagaimana menukar ilmu kepada amal, dari tulisan dalam buku kepada perlakuan anggota badan. Dalam hendak memahami sesuatu perkara, apakah usaha kita? Bagaimana rujukan kita? Apakah cukup satu rujukan sahaja? Apakah yang menyebabkan kita tidak berupaya untuk melihat pada rujukan yang lain?

Jika dahulu kita catatkan nota pada buku, apakah hari ini masih juga begitu? Manfaatkan teknologi. Kongsikan dalam bentuk yang lebih baik seperti power point misalnya agar mudah digunakan di masa lain. Membentangkan suatu ilmu berkaitan sains atau biologi misalnya, usahakan untuk mendapatkan video, gambar dan animasi daripada pelbagai sumber. Itulah bukti bahawa kita tekun dalam membuat persediaan dan melaksanakan amanah yang diberikan. Kita jauh daripada sikap persediaan last minute, kita jauh daripada sikap melepas batuk di tangga. Itu bukan dari kalangan kita yang tersusun urusannya!

3.      Kesungguhan
Kesungguhan kita dalam kerja-kerja dakwah, dalam program tarbiah, aktivisme dsb. Kita bukanlah yang ditunggu-tunggu sebaliknya kita adalah yang menunggu-nunggu untuk hadir. Usrah kitalah yang awal hadirnya. Janganlah sehingga naqib tercari-cari di mana kita saat usrah seharusnya sudah bermula. Ada satu sikap yang harus dijauhkan daripada diri kita. Kita bukan yang merasakan tiada apa-apa jika tidak hadir, sebaliknya kita adalah orang yang merasakan paling rugi dan paling malang jika tidak hadir kerana kehadiran kita adalah ruang untuk kita beramal, ruang untuk kita menyumbang. Janganlah kita berperasaan, alah! Aku tak hadir tak pe, ada orang lain hadir. Mereka boleh buat. Tidak sama sekali! Kita bukanlah dari kalangan golongan seperti itu. Kita mendahulukan diri kita sendiri dalam mendekatkan diri kita kepada Allah SWT kerana tiada istilah itsar dalam beribadah.

4.      Ukhuwwah
Ukhuwwah diletakkan kita sehingga menjadi motto perjuangan. Ukhuwwah adalah tali pengikat antara jiwa-jiwa yang ikhlas mahu mencapai redhaNya. Kita menjadi ikhwah wa akhowat yang saling mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain saban waktu kerana kecintaan kita kerana Allah. Kita sentiasa mengamalkan syuro dalam setiap hal sekalipun menyangkut urusan peribadi kerana kita tsiqah bahawa di jalan ini kita meletakkan hidup kita, di jalan ini kita adalah daie sebelum sesuatu yang selainnya. 

Mahu sambung belajar, mahu posting di mana, kereta apa hendak dibeli, nak balik ke tak minggu ni, semua ini dilihat dari satu aspek adalah hal peribadi. Inilah adalah hal peribadi bagi orang di luar sana yang belum bersama-sama dalam jalah faqihu ini. Tapi bagi kita yang faqihu, apakah kita juga berfikit sedemikian? Di jalan faqihu, seusai sahaja mendengar tafsir An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas, segala-galanya diletakkan di bawah kekuasaan Allah semata-mata kerana kita kembali kepada Allah SWT sebagai Yang Maha Melindungi hambaNya. Masihkah ada logika perantara yang lain dalam diri kita?

Kita memiliki jiwa yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tidak pernah memperkecilkan peranan, usaha dan tanggungjawab akh kita yang lain. Kita adalah tangan yang menghulur bantuan jika kita melihat akh kita lemah. Kita bukan tangan yang hanya tahu menunjuk dan membiarkan sahaja. Kita tampil dengan bantuan untuk sama-sama meneruskan agaenda ini dan melakukan yang terbaik. 

Di jalan cinta para pejuang ini, kita menyedari bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian lalu mengapa kita harus membiarkan amal-amal kita biasa-biasa sahaja? Kitalah pencinta-pencinta yang saling berlumba-lumba melakukan yang terbaik dalam amal-amal kita kerana cinta kita kepada Allah SWT yang memberikan rasa cinta dan melindungi kita saban waktu.

p/s tiada ayat Quran, tiada hadis dalam petikan ini kerana saya yakin setiap dari kita tilawah setiap hari, tadabbur setiap waktu dan berazam untuk menghafal serta melaksanakan hadis dalam kehidupan, sesungguhnya Rasulullah saw adalah qudwah dalam kehidupan.

Wallahua’lam

Thursday, 21 February 2013

Manusia Ibarat Logam



Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga mereka semasa Islamnya 
sahih Bukhari 

Rasulullah saw mengibaratkan manusia ini seperti logam. Hah? Logam? ya, manusia itu seperti logam.

Apa itu logam? 
Keluli, besi, kereta, podium, sodium, kalsium, tungsten dan semua yang terkandung dalam Jadual Berkala tu adalah logam.

Apakah sifat logam?
Keras, bernilai, berkilat, berat, mahal, boleh dibentuk, tak berubah sifatnya walau dalam apa jua keadaannya. 

Apakah kegunaan logam bagi manusia?
Logam sangat penting dalam kehidupan manusia. Contohnya emas menjadi matawang, timah menjadi tin aluminium, kereta dan banyak lagi. 

Semua ini melalui satu proses yang dinanamakan "dibentuk". Korek logam daripada dasar bumi kemudian hantar ke kilang, proses timah untuk dijadikan aluminium. Apabila logam diproses dan dibentuk barulah ia mampu digunakan dan memiliki nilai.

Jadi logam ini menjadi bernilai apabila dibentuk. 

Begitulah sunnatullah alam. Sesuatu yang tiada nilai apabila dibentuk maka ia menjadi bernilai dan beharga. Kenapa?

Kerana potensi, nilai, kegunaan dan fungsi yang dizahirkan dan dieksploitasikan daripada logam tersebut. Timah yang dikorek dilombong atau di sungai tak ada nilai melainkan setelah ianya dbentuk menjadi sesuatu seperti tin aluminium. Tanpa menzahirkan potensi dan kegunaan logam, apakah timah itu bernilai?

Demikian juga manusia. Manusia menjadi bernilai apabila potensinya terserlah dan dizahirkan. Kerana itu Rasulullah saw berdoa agar dimasukkan dalam Islam antara dua Amr. Kerana potensi yang ada pada Umar Al Khattab dan Amr Ibnu Hisyam. 

Apakah ramuan Rasulullah saw membentuk manusia?
Logam dibentuk dengan suhu yang sedemikian, dalam keadaan yang sedemikian lalu menjadilah ia sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan manusia dan bernilai. Demikian juga manusia. Harus dibentuk dengan sesuatu yang sedemikian sifatnya sehingga akhirnya kelak akan menjadi bernilai. Lalu apakah yang sedemikian itu? Tarbiah Islam!
Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya keranaNyalah kami menyembah. 


Al Baqarah:138

Daripada tarbiah Islam, Rasulullah saw membentuk para sahabat menjadi golongan yang faham Islam. Kerana faham Islam dalam tempoh 13 tahun lahir 300 orang individu muslim. 

Kerana faham islam lahirlah Sumayyah, Bilal, Umar Al Khattab, Khalid Al Walid, Abu Bakar, Ali Bin Abu Thalib, Khalid Al Walid, Abdul Rahman Bin Auf, Siti Khadijah dan ramai lagi. Sehingga ada dari kalangan mereka yang sanggup infaqkan seluurh harta mereka untuk perjuangan dakwah Rasulullah. 

Maknanya setiap daripada kita fitrahnya ada potensi. Potensi adalah sesuatu yang bermanfaat jika kita manfaatkan untuk Islam.

Rugilah jika ada potensi, hidup di dunia tidak memanfaatkan potensi untuk berdakwah sedangkan dunia adalah ladang untuk beramal manakala akhirat tempat untuk menuai segala hasil pekerjaan kita di dunia.

Lantas apakah tugas kita? Tugas kita adalah mengenal potensi diri dan manfaatkan potensi agar selari dengan Islam. 

Friday, 4 January 2013

Sia-sia kah?


Semua orang tahu asal usul kejadiannya. Tidak ada sesiapun yang berbalah mengenai asal usul kejadian diri mereka sendiri adalah dari perut ibu mereka sendiri. Tidak ada seorang manusia pun mengaku bahawa dirinya lahir daripada perut harimau ataupun gajah. Semuanya mengaku bahawa dirinya punya ibu, punya emak. Hatta seorang kanak-kanak tiga tahun yang baru mula hendak bercakap pun akan mengatakan bahawa dia datang dari perut ibu apatah lagi seorang nenek berusia 90 tahun.

Demikianlah kisah kejadian manusia. Berperingkat-peringkat dan melalui proses demi proses yang memakan masa sehingga sembilan bulan lamanya sepuluh hari. Ya tidak dinafikan ada yang lahir tak cukup bulan atas masalah-masalah tertentu. Pointnya semuanya melalui peringkat dan proses tertentu. Asalnya daripada sperma kemudian bercantum dengan ovum dan berkembang dan berkembang sehinggalah membentuk fetus dan sebagainya.

Benda ini tak kira mana agama sekalipun bersetuju dengannya. Seorang doktor pastinya lebih arif tentang hal ini. Demikian juga seorang guru biologi. Mereka pasti akan kejadian ini. Mereka menyaksikan dan mengakui bahawa wanita-wanita di Malaysia, Myanmar hatta Venuzuela sekalipun melalui proses yang sama. Jadi tidak ada pertikaian mengenainya. Pak Imam, Pak Bilal, Tok Siak juga makmum biasa pun melalui proses yang sama.



Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah

Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian, setelah itu kamu pasti mati. Kemudian, sungguh kamu akan dibangkitkan dari kuburmu pada hari kiamat. 

[Al Mukminum :12-16]


Proses kejadian manusia ini Allah ceritakan berulang kali di dalam Al Quran untuk manusia mengetahui asal usulnya. Mengetahui kemudian berfikir, menginsafi dan menghayati hikmah di sebalik proses dan kejadian ini agar manusia itu kelak mampu untuk mencapai maksud kepada penciptaannya. Tiba kepada proses memenuhi sebab penciptaannya, manusia mula berbalah. Manusia mula berpecah. Manusia mula mengambil jalan sendiri dan tidak lagi mengikut perancangan serta perintah Allah SWT. Lantas banyak manusia menyimpang daripada fungsi asal kejadiannya. Ada yang percaya bahawa hidup di dunia ini adalah untuk selama-lamanya berdasarkan sikap dan akhlak nya yang tidak lagi ingat kepada PenciptaNya.

Perbalahan demi pertikaian manusia tentang hikmah kejadian mereka semakin menjadi-jadi. Manusia mula mengambil jalan sendiri. Lantas apakah mereka termasuk dari kalangan mereka yang berfikir? Apakah mereka mengetahui dan memahami hikmah kejadian mereka berperingkat-peringkat itu? Sebagaimana kejadian manusia Allah jadikan berperingkat-peringkat demikian juga proses kehidupan manusia itu sendiri Allah jadikan berperingkat-peringkat. Setelah hidup di alam dunia, Allah matikan pula manusia kemudian Allah hidupkan kembali. Apakah ini semua adalah sesuka hati Allah? Mustahil sama sekali Tuhan Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana membuat sesuatu dengan sesuka hati melainkan semuanya itu ada sebabnya.



Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptkan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 

[Al Mukminun :115]


Apakah kita termasuk dari kalangan mereka yang berfikir tentang kejadian ini? 
Apakah kita termasuk dari kalangan mereka yang mengetahui bahawa penciptaan diri kita ini bukanlah sesuatu yang sia-sia? 
Apakah kita termasuk dari kalangan mereka yang mengetahui misi kejadian kita sendiri?
Apakah kita dari kalangan yang sudah melaksanakan misi itu?